Pada suatu hari di sekolah ,seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai
kasih sayang.
Pelajar :”cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang yang
Kita sayang ??
macam mana juga kasih sayang itu berkekalan?”
Cikgu : “ ok kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan
di atas rumput
sambil memandang
rumput di depan kamu. Pilih yang PALING
cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi walau
sekali. Dan petik rumput yang PALING cantik bawa ke kelas”
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas , tiada sehelai rumput pun
ditanganya..
Cikgu : “kenapa tiada rumput yang dipilih”
Murid : “tadi masa saya berjalan: saya carilah rumput yang paling
cantik. Memang ade banyak
cantik
tapi cikgu kata
petik yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang saya tak jumpa pun rumput yang paling cantik. Mungkin
ada diantara yang
belakang saya tadi rumput
yang paling cantik, tapi dah cikgu cakap tak boleh toleh
ke belakang.. jadi tiadalah
rumput yang saya petik”..
Cikgu : “ya itulah jawapanye. Maknanye apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita
Sayang, janganlah
mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada
didepan kita sebaik-baiknya .Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang
berlaku
tetap berlaku .Semoga yang
berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling
kita sayang itulah yang paling cantik dan
paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi
yang cantik dan baik seperti rumput
tadi..^__^

No comments:
Post a Comment